Tajuk: 100 Tahun Akhbar & Majalah Melayu di Selangor
Penuis: Muhd. Yusof Ibrahim and Zainuddin Leman
Harga: RM28.00* RM 25*
Mula dipelopori oleh British untuk menyebarkan agama Kristian, akhbar
dan majalah Melayu berkembang di Selangor selama satu abad mencecah 150 buah.
Dua media ini amat peka terhadap perkembangan semasa seperti isu sosial dan
penjajah sebelum merdeka, dan selepas itu pembangunan Negara, politik dan
ekonomi. Antara liputannya menyentuh kemajuan di dalam sector pertanian, agama,
sastera, pendidikan, kesihatan serta usaha memperkemaskan bahasa yang dapat
mencerminkan identity bangsa. Di samping menempatkan bahasa Melayu sebagai
wadah komunikasi utama di kalangan masyarakat tempatan, akhbar dan majalah
menjadi sumber sejarah dan rujukan penting kepada perkembangan ekonomi dan
pentadbiran di negeri Selangor.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
Tun Perak: Pencetus
Wawasan Empayar Melaka
Penulis: Muhd Yusof Ibrahim
Harga: RM 28* RM 25*
Buku ini merintis ketokohan Tun Perak melalui gambaran hidupnya dalam
bentuk cerita, dari zaman remaja sehingga dewasa dan pelantikan beliau di
istana Sultan menjadi orang yang terpenting serta sumbangannya kepada
kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Semenjak zaman remaja, Tun Perak
telah digiring oleh bapanya yang juga seorang Bendahara Melaka ketika itu.
Kemudian Tun Perak menimba pengalaman sebagai penghulu di Kelang dan telah
mendapat perhatian Sultan Muzaffar Shah yang melantiknya menjadi Bentera dan
bendahara Melaka. Sebagai penasihat Sultan, Tun Perak membawa banyak pembaikan,
seperti polisi perhubungan antarabangsa dan strategi penguasaan Selat Melaka
yang telah berjaya menjadikan Melaka sebuah empayar yang makmur dan masyhur.
Juga di dalam buku ini memberikan gambaran tentang keluarga Tun Perak,
perhubungannya dengan masyarakat Melayu, duta asing dan sultan-sultan yang
dinasihatinya.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
Tajuk: Musuh Rahsia:
Menyingkap Kisah dari Al-Quran, Taurat dan Injil
Penulis: Rosli Husin
Harga: RM 25* RM 23*
Buku ini membongkar sejarah kaum Zionis dan ciri-ciri mereka, termasuk
pendedahan taktik dan konspirasi Musuh Keamanan yang berleluasa di merata
dunia. Penulis menghuraikan peristiwa yang berlaku sekarang selaras dengan
berita besar yang terkandung di dalam Al-Quran, Taurat dan Injil. Antara rahsia
yang didedahkan ialah pakatan Amerika dan Britain di Timur Tengah, realiti
protokol Zionis, perkhabaran wahyu dalam Taurat dan Injil serta isu Palestin.
Paling menarik penulis mengupas hikmah yang boleh diteladani oleh semua manusia
bagi menentang musuh untuk keamanan sejagat.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
Tajuk: Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi
Penulis: Muhd Yusof Ibrahim
Harga: RM 25* RM 23*
Karya
penting oleh sejarawan Melayu adalah rakaman pelbagai episod sejarah yang
berlaku pada zaman masing-masing, termasuk perkembangan politik, sosial dan
agama di kalangan bangsa Melayu, serta teladan dan perbandingan yang boleh
dipelajari dari dunia luar. Dalam Jilid Kedua siri tokoh sejarawan Melayu ini
dipaparkan politik dan falsafah kebangsaan Melayu oleh A. Samad Ahmad, konflik
Melayu Raya oleh Abdullah Abbas Nasution, pembangunan negeri Johor oleh
Muhammad Said Sulaiman, dan sejarah Sarawak sebelum Brooke oleh Muhammad
Rakawi. Terdapat juga persejarahan dunia luar dan dunia Islam dengan mengambil
contoh dari Turki oleh Ibrahim Mahmood, manakala Muhd. Hanif menulis sejarah
bangsa Cina, kaum Muslim Cina serta hubungannya dengan Tanah Melayu.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
Tajuk: Sejarawan dan
Persejarahan Melayu: Warisan dan Kesinambungan
Penulis:
Muhd Yusof Ibrahim
Harga: RM 25* RM 23*
Antara yang merintis
persejarahan Melayu, ada orang istana dan tokoh agama yang telah mencatatkan
kisah raja-raja Melayu, sistem dan amalan politik serta isu yang berkaitan
dalam hidup mereka. Tun Seri Lanang menganjurkan perpaduan negara dan
perhubungan antarabangsa. Raja Ali Haji mengemukakan suatu kaedah
persejarahan,sementara Abdullah Munsyi menyarankan orang Melayu supaya prihatin
terhadap bahasanya dan pemerintahan negara. A. Samad Ahmad pula menonjolkan
sejarah perjuangan bangsa dan falsafah kebangsaan Melayu. Bersama tokoh
sejarawan Melayu pada zaman warisan dan kesinambungan yang lain, penulis
menyerlahkan pemikiran dan rangsangan daripada peristiwa yang dirakamkan dalam
karya penting mereka agar ia dapat terus diteladani generasi kini.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
No comments:
Post a Comment