Monday 23 April 2012

Moka Mocha Ink

Tajuk: Mautopia
Penulis: Ridhwan Saidi
Harga: RM 23*  RM 21*
Sinopsis
Sharifah jatuh cinta dan putus cinta ketika berusia sepuluh tahun. Kekasihnya seorang pelakon teater cilik telah terpilih untuk bermastautin di Amerika. Enam tahun kemudian Sharifah ditangkap berkhalwat berdua-duaan. Sharifah dan pasangan bukan mahramnya telah dihukum di hadapan perhimpunan. Sharifah kesal dan mula berubah, di kala kekasih pertamanya pulang dari Amerika dengan satu rahsia.  Ismail berusia seratus tiga puluh dua tahun tinggal seorang diri di dalam sebuah rumah api. Di usia remaja, Ismail dan dua rakan pengakapnya Jason dan Prakash telah beradvencer ke puncak bukit Famosa. Mereka menemui sebuah perkampungan nelayan Yawa-Kotti di sebalik bukit, kawasan larangan Guru Besar. Mautopia adalah sebuah advancer dispotik mengenai cinta terlarang, tanggapan dan manipulasi yang berlegar-legar di sekitar pohon oak ditumbuhi orkid, pyramid kaca dan keluli, renjatan taser, bot berkuasa solar, kek cawan, rumah modular, ikan pari masak asam pedas dan sut manusoid.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Amerika
Penulis; Ridhwan Saidi
Harga: RM 25*  RM 23

Sinopsis

Murshid Merican mahu menulis, tetapi telah diusik ritun-rutin harian diselangi momen-momen magikal, membawa dirinya menemui teman yang telah mati, majikan yang jatuh hati, penjaga hostel yang buta huruf, serta kekasih-kekasih karib dalam satu pengembaraan merentas kontinuum ruang san masa.

Di antara kota kotor Kuala Lumpur dan South Beach, dari Manhanttan ke Kyoto, mereka bersembang tentang cinta, arsitektur, seni, sastra, demokratia, dan kau-tahu-apa dalam satu kondisi mimpi yang bersinar.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

No comments:

Post a Comment