Wednesday, 25 April 2012

Penerbit Universiti Malaya (UM)

Title      : How to Write a Thesis: The Thesis Writing Journey from Start to Finish
Author : Azirah Hashim
Price: RM 15*
 
Content
Writing a dissertation on thesis is a formidable task for many postgraduate students. A dissertation or thesis requires a student to not only describe a piece of research carried out but also to be able to argue logically and coherently, review literature in the field and situate the research in a wider research context.
    This book is written to assist anyone planning to write a dissertation or thesis at masters and doctoral level. In addition, anybody who is in the midst of writing and encounter problems with the organization, language or style in different disciplines may also refer to this book.
    The author has written this book in simple style with non-native speakers of English in mind. The examples given from various disciplines will be useful companion to the dissertation/thesis writer during their often long and arduous journey on the writing road.


Tajuk: Perihal Orang Melayu
Penulis: Frank Swettenham
Harga: RM 25*  RM 23

Kandungan

"A MAJOR contribution to peasant studies, Malaysia studies, and the literature on evolutions and class consciousness."-Benedict R. Anderson, Cornell University.
    "This book is a splendid achievement. Because Scott listens closely to the villagers of Malaysia, he enormously expands our understanding of popular ideology and therefore of popular politics. And because he is also a brilliant analyst, he draws upon this concrete experience to develop a new critique of classical theories of ideology."-Francis Fox Piven, Graduate Center of the City University of New York.

Title      : Public Speaking and Presentation Skills
Author : Kulwindr Kaur Sidhu
Price: RM 16.00*  RM 15*

 Content

Important elements like basic public speaking and presentation skills involving how to overcome stage fright, putting your speech together, delivering your speech effectively, using body language, using visual aids and assessment are dealt with in simple terms in this book. The author discusses the various important elements that go into making a successful and effective speech. The author has written in simple English language for anyone who wishes to make an effective public speech. As such, this book can be used by students, teachers, public speakers and anyone who wants to rise and present a speech for any occasion.

 Tajuk: Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan
Penulis: Kulwindr Kaur Sidhu
Harga: RM 15.00 

Kandungan

Buku ini membincangkan elemen-elemen untuk menghasilkan ucapan dan kemahiran persembahan yang berkesan. Sehubungan itu, penulis telah membincangkan cara-cara mengatasi gugup pentas, penulisan ucapan yang baik, penyampaian ucapan, penggunaan alat-alat visual. Pengucapan Awam dan Kemahiran Persembahan ditulis dalam bahasa yang mudah untuk sesiapa yang ingin menyampaikan sesuatu ucapan awam. Sehubungan itu, buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar, guru, pengucap awam dan sesiapa sahaja yang akan menyampaikan ucapan awam.


Title      : Annotated Sources of Ming History: Including Southern Ming and Works on Neighbouring Lands 1368-1661 (Volume 1 & Volume 2)
Author : Wolfgang Franke. Revised and Enlarged by Liew-Herres Foon Ming
Page Number : 1289


Price: RM 475.00* RM 425*  
Content
The present Annotated Sources of Ming History (ASMH) is a completely revised and substantially enlarged edition of Wolfgang Franke’s 1968 edition of An Introduction to the Sources of Ming History (ISMH). As we all know the scholarship of ISMH has been well-acknowledged in the field of Chinese studies worldwide. However, more than forty years after its publication, the ISMH has become obsolete as many of the original Ming sources inaccessible to W. Franke at that time have been reproduced in facsimile or reprinted in typeset. Liew-Herres, in revising the ISMH, has added many works either overlooked by or inaccessible to W. Franke at that time. The ASMH provides annotations to almost 2,500 salient texts pertaining to the history and society of the Ming dynasty, in addition to two detailed introductions dealing with Ming his­to­ri­ography in general. Many rare works on neighbouring lands that had tribute relations with Ming China, as detailed in Section 7, should also be of interest to historians of those lands. The work is supplemented with two indexes (author and book titles), a glossary-index of special terms and official titles, and a bibliography of reference works cited. The ASMH aims at providing key descriptions of the sources, information on authors, the editions, references and original copies available. It is an in­dis­pensable source-guide to students and researchers of Ming China and borderlands. When works are known to have been translated into other languages or made use of in Doctoral dissertations, the relevant translations and dissertations are indicated. This extensive collection of annotated sources should be of interest to historiographers as well as to those in the sphere of comparative history.

Original author

Prof. Dr. Wolfgang Franke (1912–2007) was a renowned historian of his generation specialized in the history of the Ming dynasty (1368–1644), its sources, and the 19th and the 20th centuries China. During an academic career spanning more than six decades he published widely on various topics related to the Ming period, the development of modern China in the 20th century, and the ethnic Chinese in Southeast Asia. An Introduction to the Sources of Ming History (Kuala Lumpur: 1968) is one of his major contributions to Chinese studies and historiography.

Author of the revised and enlarged edition

PD. Habil. Dr. Liew-Herres Foon Ming, born in Ipoh, Malaysia, grew up in Penang, Malaysia, where she received her Chinese and English education. She studied at the University of Hamburg (1976–1982), where she earned her Ph.D. (1982) and post­doctoral degree (viz., the German Habilitation) (1995). Her major publications include Tuntian Farming of the Ming Dynasty (1984), “Lu­chuan-Ping­main Campaigns (1436–1449) in the Light of Chinese Historiography” (1996), The Treatises on Military Affairs of the Ming Dynastic History (1998),  “An Introduction to the Tai Lü Sources of the History of Moeng Lü (Sipsòng Panna)” (2004), “Intra-dynastic and Inter-Tai Conflicts in the Old Kingdom of Moeng Lü in Southern Yun­nan” (2007), and Lan Na in Chinese Historiography: Sino-Tai Relations as Re­flected in the Yuan and Ming Sources (13th to 17th Centuries) (2008).

Tajuk: Geografi Pilihanraya Malaysia
Penulis: Amer Saifude Ghazali
Harga: RM 40.00*  RM 36

Kandungan

Buku ini membincangkan aspek geografi pilihan raya Malaysia berasaskan pilihan raya parlimen yang diadakan antara tahun 1959-2004 menggunakan data agregat keputusan pilihan raya. Aspek geografi pilihan raya yang dianalisis adalah geografi keluar mengundi, geografi sokongan kepada parti politik, bias dan disproportionality serta pengundian ekonomi. Di samping itu, perbincangan berkaitan pilihan raya umum ke-12 (2008) turut dimasukkan pada bahagian akhir buku ini.
    Kadar keluar mengundi ditentukan oleh kemarginalan kawasan pilihan raya. Adakah kawasan pilihan raya yang lebih marginal mendorong ramainya pengundi keluar semasa pilihan raya atau sebaliknya? Selain itu, kadar keluar mengundi juga ditentukan oleh komposisi kaum dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Adakah komposisi kaum mempengaruhi kadar keluar mengundi memandangkan corak politik perkauman yang menjadi identiti politik negara ini? Aspek geografi sokongan kepada parti politik pula dianalisis berasaskan corak pengundian kewilayahan. Dengan itu, perbezaan sosioekonomi dan sosiopolitik negeri berkenaan memungkinkan corak geografi sokongan yang berbeza mengikut lokasi sesebuah negeri selain mengambil kira faktor komposisi kaum. Adakah pengundi memberikan sokongan kepada parti politik berasaskan satu kaum atau parti politik berteraskan pelbagai kaum?
    Sistem pilihan raya yang diamalkan di negara kita adalah first-past-the-post. Secara tidak langsung, sistem ini berkecenderungan menghasilkan bias dan disproportionality yang memberikan kelebihan kepada parti atau gabungan parti yang besar. Sementara itu, di negara maju, prestasi ekonomi dijadikan pengukur sama ada untuk menyokong atau menghukum parti pemerintah dalam pilihan raya. Bagaimana pula dengan sikap pengundi di Malaysia? Analisis buku ini dibuat berasaskan data kuantitatif yang komprehensif dalam mengupas persoalan yang dilontarkan dari aspek geografi.
    Amer Saifude Ghazali, merupakan ketua penyelidik yang memenangi pingat emas Pertandingan Reka cipta dan Inovasi sempena Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2009 melalui kajian bertajuk “Geografi Pilihan Raya”.


Tajuk: Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu
Penulis: Ho Hui Ling
Harga: RM 45.00*  RM 40*

Kandungan

Buku ini bertujuan untuk meneliti keadaan sosial di Tanah Melayu pada zaman Darurat. Empat aspek utama yang menjadi tumpuan perbincangan ialah kehidupan penduduk, hubungan kaum, pendidikan, dan kemudahan asas.
    Kehidupan penduduk Tanah Melayu yang begitu sukar dan tidak terjamin pada zaman Darurat akan dipaparkan. Keadaan itu adalah hasil daripada keganasan komunis dan tindakan kerajaan dalam menanganinya.
    Buku ini meneliti perkembangan yang berlaku pada zaman Darurat yang menyebabkan meningkatnya ketegangan hubungan antara kaum di Tanah Melayu, khasnya di antara orang Melayu dengan orang Cina. Selain itu, buku ini juga memaparkan tindakan komunis terhadap sekolah, khasnya sekolah Cina di Tanah Melayu. Justeru, kesan dan kepentingan Darurat terhadap perkembangan pendidikan di Tanah Melayu juga diberi perhatian.
Tajuk: Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam
Penulis : Zabidin Haji Ismail
Harga: RM 35.00*  RM 32 

Kandungan

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
    Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Tajuk: Pembanterasan Komunis di Tanah Melayu
Penulis: Ho Hui Ling
Harga: RM 40.00*  RM 36

Kandungan
Buku ini mengupas usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan, baik kerajaan British mahupun kerajaan Persekutuan dalam membanteras gerakan komunis di Tanah Melayu ketika zaman darurat (1948-1960). Pada masa sama, buku ini juga menilai keberkesanan usaha kerajaan dalam membanteras komunis dan memulihkan keamanan di Tanah Melayu. Perbincangan terhadap usaha kerajaan itu dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tahap permulaan, tahap pengukuhan dan tahap penghapusan. Tahap permulaan (1948-1951) ialah ketika kerajaan merancang dasar dan mengambil langkah permulaan bagi mengawal keadaan darurat di Tanah Melayu. Peringkat ini bermula dengan pengisytiharan Undang-undang Darurat oleh Sir Edward Gent sehingga pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney oleh komunis pada Oktober 1951. Tahap pengukuhan (1952-1954) dalam usaha kerajaan membanteras komunis bermula dengan pelantikan Sir Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya Tinggi British dan tahap ini berakhir dengan Templer meninggalkan Tanah Melayu setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada pertengahan tahun 1954. Tahap kedua ini menyaksikan kejayaan usaha kerajaan dalam melemahkan pergerakan komunis dan memenangi sokongan penduduk kepada kerajaan. Tahap penghapusan (1954-1960) pula menyaksikan langkah pembanterasan komunis yang masih bergerak di Tanah Melayu di bawah Sir Donald MacGillivray selaku Pesuruhjaya Tinggi British sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pentadbiran negara seterusnya diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan usaha pembanterasan komunis terus dijalankan sehingga akhirnya zaman darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Usaha-usaha kerajaan tersebut sama ada dari segi politik, ketenteraan, sosial mahupun psikologi akhirnya telah dapat memenangi sokongan penduduk dan melemahkan pergerakan komunis sehingga saki baki komunis terpaksa berundur ke kawasan sempadan Thailand.

Nota: Untuk senarai penuh penerbitan Universiti Malaya (UM) sila klik di sini http://umpress.um.edu.my/senarai_terbitan.pdf , semua buku terbitan UM akan diberikan 10% diskaun (kecuali untuk buku berharga RM 15 dan ke bawah )..

* Kadar minima kos penghantaran adalah RM 6 bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi Sabah / Sarawak.










No comments:

Post a Comment