Tajuk: Memoir bukan Memoir
Tajuk: Bogel Menuju Tuhan
Penulis:Pekin Ibrahim
Harga: RM 30*
Sinopsis
MEMOIR BUKAN MEMOIR
satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di
dalam mengejarimpiannya menjadi seorang artis terkenal.Bukan seperti memoir biasa,kisah
di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an,
ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.Penerimaan pengarah
Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000)
menjadi lesen kepada Pekinke dalam industri filem Negara dan antarabangsa.Pahit manis liku
yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun(1996 ke 2000)
memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin
Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur.Perjalanan yang
dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan,
keabaiannya masa lalu.
Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali,
yakni ketika beliau pulang ber Hari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala
Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan
yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij.
Inilahkisahbenar PEKIN IBRAHIM.
*tambahan RM6 kos
penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM
9 bagi sabah / sarawakTajuk: Bogel Menuju Tuhan
Penulis: Zahiril Adzim
Harga: RM 30* RM 27*
Sinopsis
Bogel
Menuju Tuhan adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa
dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan
kehidupan manusia yang percaya akan dugaan tuhan. Tidak ada manusia yang
terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh
satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan,
buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak
berwarna, sebelum jingga.
*tambahan RM6 kos
penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM
9 bagi sabah / sarawak
Tajuk: Hitam Putih
Penulis: Taj Addin
Harga: RM 30* RM 27*
Sinopsis
Hitamputih –
catatan dan pesanan – adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan,
pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat
anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah
jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntutan nafsu
sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa
berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah
penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri. Ia merupakan sebagai sebuah wasilah
buat zuriatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas
pemergiannya nanti. Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah
pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat
sekelilingnya. Ia juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya
setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga
airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naif (walau sudah berusia
hampir 40 tahun).
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung
Malaysia dan RM 9 bagi sabah /
sarawak
Tajuk: Sembang Tepi Jalan
Penulis: Meor
Harga: RM20.00* RM 18*
Sambil menyusuri hari-harinya sebagai pemuzik jalanan, Meor
mendokumentasikan pengalamannya sejak… (lihat artikel awalnya) dan kahirnya
lahirlah ‘Sembang Tepi Jalan’. Pelbagai isu yang dibincangkan Meor termasuk
prinsip, pegangan, kepercayaan dan muziknya.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak
Tajuk; Sembang Tepi Jalan: Syurga yang Hilang
Penulis: Meor
Harga: RM20.00* RM 18*
Sembang Tepi Jalan – Syurga yang Hilang ialah sebuah siri pengalaman
yang dinukilkan setiap kali pertemuan dengan dengan rakannya, Amin (bukan nama
sebenar). Amin telah ‘bertukar agama’. Dilahirkan sebagai Islam. Merantau
dan Berjaya. Amin mendakwa sangat akrab dengan alam roh yang bebas. Amin
menjadi seorang yang tidak mempercayai agama – a free thinker. Namun, beliau
percaya kepada wujudnya tuhan. Free-thinkers adalah golongan yang percaya pada
tuhan mengikut kefahaman masing-masing. Free-thinkers bukannya atheist. Semasa
perantauan, Amin telah mengkaji Tuhan melalui agama – Islam, Kristian, Hindu,
Zen, Yahudi, Buddha. Sesungguhnya, beliau tidak mempercayai orang yang beragama
kerana golongan itu ramai yang berpura-pura. Mereka itu suka kepada kebaikan
yang menunjuk-nunjuk. Kebaikan yang terbaik buatnya adalah dari dalaman bukan
luaran.
*tambahan
RM6 kos penghantaran bagi
semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi
sabah / sarawak
No comments:
Post a Comment