Friday 1 June 2012

Fixi

 
Tajuk: Sitora Harimau Jadian
Cerita: P. Ramlee
Bil m/s: 207 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…
Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Licik
Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Bil. m/s: 272 mukasurat
Harga: RM18.90*  RM 17*
Sinopsis
Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.
Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.
Bersama Sadik sebagai mastermind — dan juga kekasih — Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Dosa
Penulis: Nuril Basri
Bil m/s: 327 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di Indonesia?
Keluar dengan rela dari rumah orang tuanya, Ricky (17 tahun) terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. Juga berkenalan dengan Iwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.
Muncul Paris, sebagai penyelamat atau orang yang harus diselamatkan? Oskar pula ditemukan dalam lopak darah di lantai asrama Ricky dan Yusuf.
Dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. Siapa sangka di celah-celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Bisik
Penulis: Syaihan Syafiq
Bil m/s: 295 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Invasi
Penulis:  Raja Faisal
Bil. m/s: 310 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.
Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?
Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.

Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.
Hari INVASI bermula, dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Kelabu
Penulis: Nadia Khan
Bil m/s: 456 mukasurat
Harga: RM24.90*  RM 23*
Sinopsis
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Zombijaya
Penulis: Adib Zaini
Bil m/s: 307 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Dendam
Penulis: Affifudin Omar
Bil m/s: 309 Mukasurat
Harga:RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Jerat
Penulis: Dayang Noor
Bil m/s: 303 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?
Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?
Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Bil.m/s: 231 mukasurat
Harga: RM16*  RM 15*
Sinopsis
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Pecah
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Bil. m/s: 335 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Kasino
Penulis: Saifullizan Tahir
Bil m/s: 280 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar.  Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.
Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat.  Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri.  Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.
Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa.  Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit.  Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak
 

Tajuk: Tabu
Penulis:  Shaz Johar
Bil m/s: 312 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.
Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.
Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.
Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Cekik
Penulis:  Ridhwan Saidi
Bilm/s: 258 mukasurat
Harga: RM18*  RM 15*
Sinopsis:
Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.
Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Kougar
Penulis:  Shaz Johar
Bil. m/s: 322 Mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Kisah wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan   ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

No comments:

Post a Comment