Tuesday 5 June 2012

Merpati Jingga

 
Tajuk: Memoir bukan Memoir
Penulis:Pekin Ibrahim
Harga: RM 30*  
 
Sinopsis

MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejarimpiannya menjadi seorang artis terkenal.Bukan seperti memoir biasa,kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekinke dalam industri filem Negara dan  antarabangsa.Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun(1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur.Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang ber Hari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij.
Inilahkisahbenar PEKIN IBRAHIM.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Bogel Menuju Tuhan
Penulis: Zahiril Adzim
Harga: RM 30*   RM 27*

Sinopsis

Bogel Menuju Tuhan adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum jingga.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Hitam Putih
Penulis: Taj Addin
Harga: RM 30*   RM 27*

Sinopsis

Hitamputih – catatan dan pesanan – adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita  yang degil dengan tuntutan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu  yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri. Ia merupakan sebagai sebuah wasilah buat zuriatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti. Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia  juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naif (walau sudah berusia hampir 40 tahun).
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Sembang Tepi Jalan
Penulis: Meor
Harga: RM20.00*  RM 18*

Sambil menyusuri hari-harinya sebagai pemuzik jalanan, Meor mendokumentasikan pengalamannya sejak… (lihat artikel awalnya) dan kahirnya lahirlah ‘Sembang Tepi Jalan’. Pelbagai isu yang dibincangkan Meor termasuk prinsip, pegangan, kepercayaan dan muziknya.
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk; Sembang Tepi Jalan: Syurga yang Hilang
Penulis: Meor
Harga: RM20.00*  RM 18*

Sembang Tepi Jalan – Syurga yang Hilang ialah sebuah siri pengalaman yang dinukilkan setiap kali pertemuan dengan dengan rakannya, Amin (bukan nama sebenar). Amin telah  ‘bertukar agama’. Dilahirkan sebagai Islam. Merantau dan Berjaya. Amin mendakwa sangat akrab dengan alam roh yang bebas. Amin menjadi seorang yang tidak mempercayai agama – a free thinker. Namun, beliau percaya kepada wujudnya tuhan. Free-thinkers adalah golongan yang percaya pada tuhan mengikut kefahaman masing-masing. Free-thinkers bukannya atheist. Semasa perantauan, Amin telah mengkaji Tuhan melalui agama – Islam, Kristian, Hindu, Zen, Yahudi, Buddha. Sesungguhnya, beliau tidak mempercayai orang yang beragama kerana golongan itu ramai yang berpura-pura. Mereka itu suka kepada kebaikan yang menunjuk-nunjuk. Kebaikan yang terbaik buatnya adalah dari dalaman bukan luaran.    
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


Friday 1 June 2012

Sokernet / Dubook Press


Tajuk: Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (CMTKPD)
Penulis: Lucius Maximus
Harga: RM 25*  RM 23*

Sinopsis

Malaysia tidak ke Piala Dunia itu semua orang tahu.

Tapi apa cerita sebenar yang berlaku dari 1970 hingga 2014, Malaysia secara konsisten gagal layak ke Piala Dunia? Hanya Lucius Maximus ada butirannya didalam buku kedua beliau yang bertajuk CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA.

Buku yang dimulakan dengan prakata cukup padu dari Pipiyapong tentang angan-angan Malaysia ke Piala Dunia. Galataraub FC, Barcelumut dan Torpedo Lipis? Aku kuat merasakan prakata ini juga adalah sedikit cebisan naskah power Pipiyapong tentang Baharum Bahari seperti yang selalu kita baca di blog beliau. Atau mungkin tidak.

Gaya penulisan Lucius seperti lazimnya kita tahu memang seperti Supermokh diatas padang. Padu dan mampu mengejutkan seperti padunya tendangan sambil berlari Arwah Supermokh juga. Itupun jika anda semua pernah berkesempatan menyaksikan kehebatan Supermokh dan rakan-rakan.

Tetapi jika tidak pernah pun atau hanya menyokong Malaysia di zaman Ultra, Lucius masih mampu membawa anda pembaca muda kembali kezaman kegemilangan bolasepak kita dizaman 70an dan 80an. Aku secara peribadi seperti dibawa kembali ke zaman kanak-kanak aku, menggilai bolasepak Malaysia dengan beberapa nama lama yang secara tidak sedar memberi aku sedikit orgasm.

CMTKPD dimulakan dengan kelayakan 1974. Butiran perlawanan dan rentetan peristiwa yang berlaku ditulis semula oleh Lucius dengan cukup baik. Aku kagum diatas usaha dan kerajinan beliau mendapatkan semula fakta sejarah serta nama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat. Entah arkib mana beliau selongkar, aku tidak bertanya pula. Yang pasti bukan muzium FAM.

CMTKPD juga menyentuh tentang gaya kepimpinan dan campur tangan FAM dalam menentukan corak kegagalan Malaysia ke Piala Dunia. Beberapa nama korban FAM seperti Ken Worden, Frank Lord dan B.Sathianathan juga ada diceritakan. Juga berapa nama pengurus bolasepak serta ragam mereka dalam melukakan hati penyokong setia Malaysia juga tidak terlepas dari tulisan Lucius. Ada banyak info serta fakta menarik yang entah mana dikorek oleh beliau untuk pengetahuan semua.

Kesimpulanya, bolasepak Malaysia dibawah FAM memang unik justeru kegagalan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia juga hasil dari paten yang sama. Lucius tidak memberi penyelesaian keatas kemelut bolasepak Malaysia dan bukan itupun tujuan buku ini, tetapi pihak berwajib harus membaca dan jadikan iktibar. Hati rakyat Malaysia telah lama dilukai dan terus dilukai, apakah tidak ada satu manusia pun yang mahu menjadikan angan-angan Pipiyapong menjadi kenyataan?

Jika anda peminat bolasepak sebenar, samada tempatan atau antarabangsa, anda wajib membeli buku ini. Samada Lucius penulis pujaan anda atau tidak, itu no 20. Jangan terlepas peluang atau menunggu lama-lama lagi, itu perangai The Kops dan The Gunners. Apa dapat?
Anda Ultra Malaya yang hebat tetapi dengan buku CMTKPD, anda adalah Ultra Malaya sebenar!

Bila Malaysia nak ke Piala Dunia itu hanya Sultan Bola yang tahu.

*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Lejen Press


Tajuk: Aku Rindu 90's
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis

“Terasa seriau membaca penulisan ini, umpama disorok hantu kopek masa main sorok-sorok dalam gua area Gua Musang. Huh!” Hafidzul Hilmi [Wartawan Editorial, Metro Batu Pahat].
“Scene muzik yang ada pada 90an membentuk scene yang kita ada sekarang” Mohd Jayzuan [Pemuzik dan penulis].
“90an adalah kisah nostalgia yang tak pernah mati, hanya dengan itu buat aku rasa hidup” Nazuwan [Pengarah teater Badai Malam]
“Penulisan ini mengimbau zaman main ludah-ludah ke bumbung sekolah.. Siapa ludah paling jauh!” Nik Rahimi [Pereka Grafik Dunia Sukan Online]
“90s is an era of rock evolution before it hits Y2K” Chris Daniel [Drummer, Band Melodisaster]
“Punk ialah kebebasan muzik, kebebasan melakukan apa yang diinginkan. Dalam webster, Nirvana bermaksud bebas daripada kesakitan, keseksaan dan dunia luar. Dan itu sangat rapat dengan definisi aku tentang punk rock”. Kata Kurt Cobain apabila ditanya tentang muzik Nirvana ketika band Grunge itu rakus menyerang zaman 90an.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak


Tajuk: Dabel Date
Harga: RM 15
Sinopsis

Himpunan kisah-kisah pendek, hasil ketidaksenian dua pasang manusia, yang cuba merungkai apa yang dikatakan cinta, dari genre-genre berbeza.
“Berpasangan, tak semestinya bercinta. Dan bercinta, tak semestinya lelaki dan perempuan.”
Kompilasi 20 cerpen hasil pertembungan 2 generasi anak dan ayah dengan latar yang berbeza. Generasi anak merupakan penulis baru daripada latar kejuryteraan, manakala generasi ayah pula merupakan seorang profesor di dalam bidang sastera yang luas pengalaman menulisnya.
Dendam, perjuangan, trauma, setiakawan, mistik, dan fantasi adalah antara ramuan yang dikutip daripada pengalaman serta pengamatan, yang kemudiannya diadun dengan gaya santai dan selamba, lalu menjadi intipati kepada antologi cerpen hebat ini.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak


Tajuk: Kolagen
Harga: RM 15
Sinopsis

Tiada kisah cinta seindah cerita dongeng. Semua orang pernah rasa mencintai dan dicintai. Rasa itu adalah satu anugerah yang sangat hebat yang diberi Tuhan. Cinta dari pelbagai sudut membuatkan hidup kita lebih bermakna dan berbunga. Itu adalah hakikatnya manusia. Dari diciptakan Adam sehingga lapisan terakhir umat manusia. Kita tidak akan terpisah dari memiliki rasa menyinta dan dicintai. Cinta itu subjektif. Tiada siapa mampu tahan rasa itu jika diberi Tuhan. Kitab terfaktab ini akan cuba merungkai satu persatu masalah, isu, cabang dan skop bercinta dari pelbagai sudut. Dari kisah cinta sehingga saat kau perlukan kekuatan bila tiba perpisahan.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

Tajuk: Kopi-ah
Harga: RM 15
Sinopsis

Kopiah dan serban semata bukan caranya. Perlu juga pakai topi bila perlu. Barulah stailo pak aji kita!
Islamik perlu ada ‘pop’ di dalamnya agar getarnya mampu dirasa dan dielus lebih banyak jiwa.
Jiwa-jiwa kosong. Jiwa-jiwa separa kosong. Jiwa-jiwa berontak.
‘Pop’ yang ada dalam penyampaian berbentuk kispen dalam buku ini mahu membuka jiwa-jiwa ini.
Islam itu juga ada pop; bukan k-pop tapi iPop!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

 
Tajuk: Kitab Terfaktab
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Kompilasi tulisan-tulisan mengenai hal ehwal percintaan dari para penulis blog Terfaktab ( terfaktab.blogspot.com ) Semua tulisan-tulisan di dalam buku ini adalah yang terbaru, segar dan tidak akan dijumpai di dalam blog Terfaktab.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

 
Tajuk: Sperma Cinta 2.0; Sengih Kerang
Penulis: Aisa Linglung
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Himpunan cerita-cerita dan catatan gembira untuk gusi-gusi yang kering.
“Korang pernah minum bubble milk tea? Macam tu la gua rasa lepas baca buku ni. Syok gila macam kunyah bijik pearl :)” – Engku Azmin, Produser TV / Penyampai Berita Media Prima.
“Ini ubat sembelit saya..” – Mazlan Kosnan, Kakitangan Kerajaan.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

 
Tajuk: Angus Himself
Penulis: A B Hashim
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
“The man, he talks in handsomely manners. But, he does not talk a lot. When he talks, his charm fills the room it wets your knickers. That’s how handsome he is. He’s a sweet talker. He mesmerized you. Ladies, do not try to understand him for he has a daft defense mechanism. Commitment is the last word in his vocabulary. Women, do remember, guys please take notes, you do not try to understand him. The last one who tries to unlock him ended up in a madhouse. He thinks in maths, he lives his life on meths. Pleasure in life, he got it from his ‘trip’ sitting alone in the dark smoky living room of his. He does not understand life like other mortals. Mere mortals throw the word complicated at him; they think madhouse is his place to be. And in this madhouse, he’d finally be.”
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

 
Tajuk: Bayang
Penulis: Nami Cobb Nobbler
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Hero
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Hero,
kompilasi cerita mengenai “Hero” dari lima penulis yang berlainan, Brader Leplep ( bilamentolmenyala.blogspot.com ), Bozu ( iniblogkechai.blogspot.com ), Lord Zara ( shafaza-zara.blogspot.com ), Fikri Misti ( fikrikacak.blogspot.com ) dan Shahir ( msaherr.blogspot.com ).
Mengisahkan lima buah cerita dalam satu buku. Kisah mengenai hero yang belum pernah diilhamkan mana-mana cerita berunsurkan hero sebelum ini.
Siapalah sangat Superman, Batman ataupun Ultraman jika hendak dibandingkan hero di dalam buku ini.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Awek Chuck Taylor
Penulis: NamiCobb Nobbler
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Sebuah novel tulisan Nami Cobb Nobbler, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar ( tehtarikgelasbesar.blogspot.com ) dan juga salah seorang penulis blog Terfaktab. Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum – serta perhubungan dengan adik beradik Mira – Aiman dan Nana – yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik – Mira dan Nana.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Heroin
Penulis: Amal Hamsan
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Sebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, ( realifiksinisme.blogspot.com ). Pernah menulis di banyak blog lain sebelum ini, dan pernah terlibat dalam projek zine Koskenkorva.
Kadang-kadang, kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan terus kau tampung di bahu untuk setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sesuatu yang untuk kau perjuangkan atau tidak.
Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam.
Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / Sarawak

 
Tajuk: Kontrol hysteria
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Kisah kadangkala tidak mengandungi keperimanusiaan, penuh dengan cerita kerat-mengerat, seks rambang, pedophile dan sebagainya mengikut selera penulis.
Penulisan di blog Kontrol Histeria bergenrekan saikopat dalam bentuk kispen mahu pun bersiri di mana garapan penulis menyentuh isu pecahan personaliti, nekrofilia, pedofilia, seks rambang, pembunuhan, keganasan dan skizofrenia dalam abnormaliti imaginasi masing-masing.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Pompang Pompang
Penulis: Jarr Nadjmuddean
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Pompang Pompang, blook tulisan Jarr Nadjmuddean ( lebatkulebat.blogspot.com ), seorang pegawai bank, seorang bapa, dan seorang penyokong tegar Liverpool.
Hasil buang masa dan makan gaji buta maka terhasil lah karya Pompang Pompang yang julung kali diterbitkan untuk penamat 2011. Kisah Basiron, Mak Temah dan Kak Nah kerani sekolah serta watak-watak antagonis Amat Skrono, Pauzi Alipbete dan Nas Dugong menjadi inti dalam karya sulung Jarr Nadjmuddean ini. Pembaca disuap dengan cerita benar dan tambahan fiksyen yang mana bila diceritakan secara berdiri orang akan cakap anda ini tengah sembang pompang-pompang.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


Tajuk: Sperma cinta
Penulis: Aisa Linglung
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
AWAS! 80% cerita dalam buku ini adalah berdasarkan kisah benar dan kebanyakan watak-watak dalam buku ini sememangnya wujud di alam nyata. Buku ini ditegah untuk dibaca di tempat terbuka dan khalayak ramai untuk mengelakkan tanggapan umum bahawasanya pembaca buku ini menghidap sakit mental. Ketawa sendirian adalah simptom sakit mental. Buku ini sama hebatnya dengan buku Mona Gersang dan juga Permata Yang Hilang waktu kegemilangan mereka.
“Lebih kelakar daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah” – Beautifulnara.com
“Kepuasan membaca buku ini semacam satu perasaan lega dapat langsai hutang PTPTN” – Engku Azmin, Produser HipTV (Media Prima).
“Makwe gua gelak-gelak baca Sperma Cinta bagai kena gas ketawa. LOL!” – Nama Nami, blogger Teh Tarik Gelas Besar.
“Scene yang last tu banyak motivasi sebenarnya..fuuhhh!” – Paeh, jurucakap Paeh.net.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Fixi

 
Tajuk: Sitora Harimau Jadian
Cerita: P. Ramlee
Bil m/s: 207 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…
Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P. Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Licik
Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Bil. m/s: 272 mukasurat
Harga: RM18.90*  RM 17*
Sinopsis
Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.
Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.
Bersama Sadik sebagai mastermind — dan juga kekasih — Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Dosa
Penulis: Nuril Basri
Bil m/s: 327 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di Indonesia?
Keluar dengan rela dari rumah orang tuanya, Ricky (17 tahun) terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. Juga berkenalan dengan Iwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.
Muncul Paris, sebagai penyelamat atau orang yang harus diselamatkan? Oskar pula ditemukan dalam lopak darah di lantai asrama Ricky dan Yusuf.
Dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. Siapa sangka di celah-celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Bisik
Penulis: Syaihan Syafiq
Bil m/s: 295 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Invasi
Penulis:  Raja Faisal
Bil. m/s: 310 mukasurat
Harga: RM19.90*  RM 18*
Sinopsis
Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.
Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?
Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.

Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.
Hari INVASI bermula, dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Kelabu
Penulis: Nadia Khan
Bil m/s: 456 mukasurat
Harga: RM24.90*  RM 23*
Sinopsis
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Zombijaya
Penulis: Adib Zaini
Bil m/s: 307 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Dendam
Penulis: Affifudin Omar
Bil m/s: 309 Mukasurat
Harga:RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Jerat
Penulis: Dayang Noor
Bil m/s: 303 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?
Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?
Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Bil.m/s: 231 mukasurat
Harga: RM16*  RM 15*
Sinopsis
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Pecah
Penulis: Khairulnizam Bakeri
Bil. m/s: 335 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 
Tajuk: Kasino
Penulis: Saifullizan Tahir
Bil m/s: 280 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar.  Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.
Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat.  Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri.  Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.
Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa.  Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit.  Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak
 

Tajuk: Tabu
Penulis:  Shaz Johar
Bil m/s: 312 mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis
Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.
Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.
Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.
Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Cekik
Penulis:  Ridhwan Saidi
Bilm/s: 258 mukasurat
Harga: RM18*  RM 15*
Sinopsis:
Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.
Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.

CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Kougar
Penulis:  Shaz Johar
Bil. m/s: 322 Mukasurat
Harga: RM 20*  RM 18*
Sinopsis:
Kisah wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan   ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak