Thursday 26 April 2012

SIRD


Tajuk: Tertangkapnya Sa-Ekor Toyo
Penulis: Hishamuddin Rais
Harga: RM 23*  RM 21

Buku Tertangkapnya Sa-Ekor Toyo ini adalah rampaian tulisan Hishamuddin Rais yang telah keluar pada tahun 2008/09/11 di Suara Keadilan, Roket, Malaysiakini, Malaysia-Today, dan Tukar Tiub. Ada beberapa tulisan juga yang tidak pernah keluar di mana-mana. Mungkin untuk pembaca yang rakus telah pernah bertemu dan membacanya.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Membina Bangsa Malaysia
Penyunting:  Aida Idris and Abu Hassan Hasbullah
Harga: RM23.00*  RM 21*

Hasil kolaborasi enam orang penulis akademik dan bukan akademik, buku ini merupakan suatu usaha untuk mengupas cabaran dan hala-tuju rakyat Malaysia dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa dari pelbagai aspek kenegaraan.

Aziz Bari memberi analisa kritikal tentang undang-undang, hak asasi manusia dan demokrasi; sementara kebebasan media dan maklumat serta potensi teknologi baharu dibicarakan oleh Ooi Heng.

Aida Idris merumuskan perkembangan serta masa depan ekonomi, manakala Dinsman merenung perkembangan seni-budaya dari perspektif seorang aktivis.

Permasalahan kepimpinan remaja dalam masyarakat multi-etnik ditinjau oleh Abu Hassan Hasbullah, dan akhir sekali Syed Ibrahim Syed Noh membincangkan suatu pendekatan holistik mengenai modal insan dan pembangunan sumber manusia.

Diharap penerbitan buku ini akan mencetuskan perbahasan yang sihat dan konstruktif untuk memajukan tanahair dan membina bangsa Malaysia, terutamanya dalam situasi di mana terdapat usaha di kalangan sesetengah pihak untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa. Sememangnya, tanpa perbincangan yang jujur lagi terbuka, agak sukar bagi kita maju bersama.

Jomo KS
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


Title: Malaysia: Road Map for Achieving Vision 2020
Author: Koon Yew Yin
Price: RM50.00*  RM 45*

“Mr. Koon writes with perceptiveness and candour as well as with the voice of experience – qualities that are often missing in the writings of many political analysts that are provided with space in the mainstream media.  
This process of empowerment and simultaneous rejection of leaders who regard power and authority not as positions of trust and responsibility but to serve personal interest or as an opportunity for personal enrichment will be necessary if  Malaysia is to prosper and move ahead to join the modern and progressive nations of the world.” - Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Member of Parliament and former Minister of Finance

“Mr Koon has chosen to galvanise his years of experience in business and to reduce them into well written and well researched articles that will benefit all Malaysians. The articles are forthright and brutally honest in many instances and speak to the problems Malaysia faces and Malaysians must face up to. It is a must read for all those who believe that our children deserve a better Malaysia  and who believe, as clearly the author does, that it is our responsibility to ensure we leave them a legacy they can be proud of.” - Dato’ Ambiga Sreenevasan, Former President of the Malaysian Bar Council
Chairperson of Bersih 2.0
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu ( Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda )
Penulis: Rustam A. Sani
Harga: RM 18*  RM 16*

Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik moden Melayu yang dirujuk sebagai 'Golongan Kiri Melayu'. Secara umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi kepada dua jalur yang ketara - kiri dan kanan - sejak 1930-an. Dua jalur ini dibezakan oleh penolakan dan juga kedekatan mereka dengan kecenderungan dan ideologi kiri; latar belakang pendidikan pimpinan mereka dan keluasan pengaruh Indonesia. Kajian ini meletakkan konteks asal usul Golongan Kiri Melayu dalam kerangka struktur sosial yang berubah semasa persekitaran kolonial pada dekad 1930-an, khususnya kemunculan elit baru yang secara sosialnya berbeza daripada aristokrat tradisional. Dihujahkan bagaimana elit baru ini semakin tidak berpuas hati dan hilang sabar terhadap kepimpinan tradisi dalam perjuangan menentang pentadbiran kolonial dan mengusahakan pembentukan masyarakat majmuk.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


 Tajuk: Menyurat Kepada Sahabat: Warkah-warkah Peribadi 1975-2002
Penulis: Anwar Ridhwan
Harga: RM30.00*  RM 27*

Buku ini merupakan genre yang jarang-jarang muncul dalam sejarah penerbitan tanah air. Surat-surat peribadi 1975-2002 Anwar Ridhwan dalam buku ini membicarakan pelbagai isu bahasa, sastera, penerbitan, budaya, politik dan sosioekonomi, termasuk yang ditulisnya ketika bermukim beberapa ketika di London, England. Ia mengandungi beberapa pandangan, fakta, data dan informasi yang boleh dijadikan renungan serta rujukan. Dengan menggunakan kandungan dalam buku ini sebagai rujukan, kita akan mengetahui beberapa kemelut masa lampau, dan akan menyedari seaneka perubahan berbanding apa yang telah berlaku lebih tiga dekad yang lalu.
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak



Tajuk: PRU 13, Umno Tumpas?
Harga: RM 20*  RM 18*

PRU ke-13 semakin hamper. Ketibaannya ditunggu penuh debaran. Akan tumbangkah UMNO di PRU ke-13 nanti? Ataupun Pakatan Rakyat akan di talkinkan tanpa kubur? Soalan ini bermain di bibir setiap rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik tanahair. Buku ini cuba menjawab persoalan di atas yang ligat berputar di fikiran keseluruhannya dewasa ini. Selamat membaca.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Wednesday 25 April 2012

Jundi Resources

Tajuk: Kebangkitan Gerakan Islam dalam Fenomena Arab Spring
Penulis: Haris Zalkapli
 Harga: RM20.00*  RM 18*

Arab Spring telah mengubah lahan dunia Arab, juga Afrika Utara dengan tumbangnya satu persatu regim tirani yang memerintah puluhan dekad umat Islam di kaki anak muda pemberani. Perubahan politik yang meruak pintu ruang demokratik akhirnya memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam yang menjadi tenaga penggerak seruan pembebasan. Gerakan Islam amat penting mewarnai sejarah Islam abad moden dan daripada beberapa sudut, dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan gerakan kebangkitan yang berulang dalam sejarah dunia. Tunisia memulakan wisel, larian pantas di medan Tahrir Kaherah, melaju ke Libya, terus menerjah gawang Syria. Sorakan hangat di Bahrain, Yaman, Algeria juga tangisan kegembiraan di Gaza yang menunggu saat kepungan akan terbarai dengan kebangkitan Arab yang melanda Asia Barat. Dunia sedang memerhati dengan penuh debaran, bagaimanakah rantau konflik ini selepas pintu demokrasi dibuka, berdayakah gerakan Islam atau hanya menjadi pemain simpanan untuk panggung politik yang semakin meriah. Buku ini cuba merencahi gambaran dan cabaran rantau itu dan gerakan Islam sebagai pemainnya. Buku ini akan membedah dan mengartikulasi perjalanan serta caaran gerakan Islam di rantau Asia Barat dan Afrika Utara selepas meranumnya cuaca demokrasi di rantau berdarah itu. Persoalannya, mampukah Islam dipraktiskan dan menjadi rujukan utama dalam polisi awam?
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


Tajuk: Jom! Jadi Remaja Soleh
Penulis: Burhan Sodiq
Harga: RM15.00*

10 penyebab munculnya kenakalan remaja, menurut Kumpfer dan Alvarado iaitu kurangnya pemahaman daripada ibu bapa kepada anak-anak mengenai nilai-nilai moral dan sosial, contoh perilaku yang ditampilkan ibu bapa (model) dirumah terhadap perilaku dan nilai-nilai anti-sosial, kurangnya pengawasan terhadap anak (sama ada aktiviti, pergaulan di sekolah ataupun di luar sekolah, dan lainnya), kurangnya disiplin yang diterapkan ibu bapa pada anak, rendahnya kualiti hubungan ibu bapa-anak, tingginya konflik dan perilaku agresif yang terjadi dalam persekitaran keluarga, kemiskinan dan kekerasan dalam persekitaran keluarga, anak tinggal jauh daripada ibu bapa dan tidak ada pengawasan oleh pihak yang diberi tanggungjawab, perbezaan budaya tempat tinggal anak, misalnya pindah ke kota lain atau persekitaran baru serta adanya saudara kandung atau kiri yang terlibat dengan dadah atau melakukan kenakalan remaja. Nah, ini antara 10 penyebab terpopular gejala sosial di kalangan remaja. Buat ibu bapa, usah dikeluhkan kenakalan mereka. Sebaliknya, teruslah berusaha dan berdoa ke hadrat ilahi mudah-mudahan akhlak mereka bias kembali diluruskan. Teruskan bersahabat dengan mereka. Jangan pinggirkan mereka, contohilah Rasulullah SAW dalam melayani anak-anak remaja, pasti berlian yang terpendam di dalam diri mereka akan mampu kita keluarkan dan gilapkan.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


Tajuk: Pas dan Perjuangan Kemerdekaan
Penulis:   Riduan Mohamad Nor
Harga: RM18.00*  RM 16*

Sebagaimana yang selalu diungkapkan, “sejarah dinukil oleh golongan yang menang,” demikian jugalah lakaran sejarah kemerdekaan Negara. Tokoh-tokoh yang didendangkan sebagai pejuang kemerdekaan tanahair menjadi simbol kemegahan bagi BN dan UMNO, bertujuan mempamerkan sejarah kegemilangan mereka. Bagi golongan yang ‘menang’ ini, sumber-sumber pengkajian dan pengajian sejarah seharusnya datang daripada sumber-sumber mereka, iaitu sumber-sumber yang diwarisi daripada golongan colonial British. Mereka berpendirian sumber-sumber inilah yang paling sahih disebabkan kebanyakan sumber-sumber ini adalah bersifat rasmi dan bertulis. Dengan sebab itu, berlakulah ‘monopoli’ terhadap sumber-sumber sejarah atas tujuan untuk memperlihatkan sejarah kehebatan BN dan UMNO kepada generasi kemudian. Lebih daripada itu, sejarah kemerdekaan tanahair bukan sahaja dinukilkan oleh golongan yang menang tetapi “sejarah itu dinukilkan oleh golongan yang mahu mengekalkan kemenangan.” Kecenderungan seperti ini bukan sahaja mewujudkan monopoli terhadap sumber-sumber sejarah tetapi yang lebih buruk menyebabkan berlakunya “hegemoni” pengkajian dan pengajian sejarah. Golongan yang mahu mengekalkan kemenangan ini bertindak menafikan hak golongan lain untuk menampilkan sumber-sumber yang lebih pelbagai dan mengemukan tafsiran-tafsiran terhadap sejarah dari perspektif yang berbeza. Tindakan penafian hak seperti ini merupakan satu usaha untuk mengekalkan kuasa, bukan sekadar untuk mempamerkan sejarah kehebatan BN dan UMNO. Buku terbitan edisi kedua ini diusahakan untuk memasukkan perkara-perkara tersebut walaupun masih boleh dianggap tidak mencukupi. Artikel tentang peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan yang ditulis oleh Panel Kajian Sejarah PPP pada tahun 1999 dan artikel-artikel yang ditulis sendiri oleh tokoh-tokoh PAS yang terlibat dengan perjuangan kemerdekaan sarat dengan keempat-empat aspek yang telah tercicir dalam sejarah versi golongan yang menang.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Memoir Tragedi Memali
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Harga: RM 20*  RM 18*

“ Yang wajib kita perjuangkan ialah Islam, bukan bangsa. Perjuangan bangsa ialah perjuangan taghut yang Nabi tidak mengaku ummat. Apalagi kerajaan yang zalim yang tidak menghukum dengan hukum Allah, memakai undang-undang otak manusia...
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Pemuda Islam Yang Dijanjikan
Penulis:   Yusuf Al-Qardawi
Harga: RM 15*

Buku ini diluncurkan ke tengah masyarakat dengan beberapa matlamat, yang pertama ialah untuk mendokumentasikan sejarah perjuangan anak muda dan juga apakah peranan mereka sebagai khalifah Allah di atas mukabumi. Pemuda adalah asset agama, dibahu mereka kita meletakkan harapan untuk menjulang dan membentengi agama ini. Jika mereka, anak muda rosak, diselimuti kebejatan maka agama ini akan kehilangan pembantu-pembantu yang setia berdada dengan musuh. Sebab itulah musuh sentiasa mengintai peluang untuk memukul mereka sehingga rebah tersungkur diulit dengan arus deras hedonism dan penyembahan ideology manusia yang sesat. Matlamat buku ini adalah untuk menyuntik energy yang berterusan untuk anak muda dengan pil-pil kesedaran bertunjang ilmu, kerana ledakan semangat tanpa ilmu dan pencerahan adalah fatamorgana di Sahara yang kontang. Pemuda mestilah disuluh dengan ilmu yang benar semoga semangat mereka yang melimpah ruah tidak tersasar dan tak terbimbing. Dalam perjuangan akal hendaklah dibelai dan dibajai dengan ilmu yang bermanfaat.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Sehingga Para Pemuda Mengerti
Harga: RM18.00*  RM 16*

Buku ini dihadirkan ke tengah medan masyarakat dengan citra untuk menyuburkan energy perjuangan anak muda dan juga mengutarakan apakah peranan mereka sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Pemuda adalah tembok agama, dibahu mereka ummah meletakkan harapan untuk menjulang dan membentengi agama ini. Jika anak muda diselimuti kebobrokan dan kebejatan akhlak maka agama ini akan kehilangan pembenteng yang akan berdada dengan musuh. Nabi SAW sangat menjaga dan memberikan perhatian kepada kelompok anak muda, sejak daripada zaman awal dakwah sehinggalah sebelum Baginda SAW menutup mata. Anak  muda didakap erat direlung hati baginda, anak muda dihantar menjadi barisan hadapan medan tempur, bahkan sang pencerah yang dihantar untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam. Buku ini juga adalah untuk menyuntik kejeliraan yang berterusan untuk anak muda terus bertunjang ilmu, meracik cinta dengan kasih saying ilmu, kerana ledakan semangat tanpa ilmu dan pencerahan adalah sebuah kesia-siaan. Kelompok anak muda mestilah dipasak kukuh dengan budaya ilmu supaya semangat mereka yang meledak tidak memberikan mudarat pada perjuangan Islam. Pengarang  buku ini adalah sosok maestro dakwah yang terkenal dan menggabungkan dirinya dengan harakah Islam, Ikhwanul Muslimin. Banyak karya-karya beliau telah tersebar di alam Islami dalam pelbagai bahasa. Dunia Islam telah meneguk khazanah ilmu yang jernih daripada sumur akal tokoh maestro dakwah ini. Sheikh  Dr Abdullah Naseh Ulwan, mengarang bukan semata untuk menempatkan dirinya dalam bakul cendekia muslim, tetapi beliau terjun di medan dakwah semenjak umur remaja lagi. 
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Aku, Isabella dan Tok Kenali
Penulis:   Riduan Mohamad Nor
Harga: RM 16*  RM 15*

Buku ini diluncurkan bagi merakamkan kisah hidup seorang insan seni yang telah berhijrah dan terlibat di medan dakwah sepenuh masa iaitu saudara Bob Lokman (Abdul Hakim Lokman). Penerbit merasa bertuah kerana diberi kesempatan untuk menerbitkan sebuah rakaman perjalanan hidup seorang insan yang penuh dengan warna-warni. Bob yang dikenali sebagai penulis lirik, insan seni dilahirkan di Kelantan dalam suasana asuhan keagamaan yang pekat dan likat. Dia tercampak ke Kuala Lumpur di sebuah perkampungan setinggan seterusnya menjadi remaja di sebuah asrama agama Hamidiah Kajang dan Bob terselit di tengah fenomena Rock pada dekad 1980an, menjadi pencipta lirik, akhirnya di tengah keriuhan anak seniman terus membina nama di persada seni tanah air. Bob akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian, dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Bob telah merasai dunia ketawa dan tiba masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain untuk sama-sama merengkuh kasih sayang Tuhan, pencipta dengan sifar ar-Rahman dan ar-Rahim. “Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama, doakan aku teman” ujar Bob dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini. Travelog hidayah ini adalah sebahagian fragmen kehidupan Bob yang dilaluinya dengan pelangi yang berwarna warni.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Aqidah dan Perjuangan
Harga: RM 15*

Seseorang pemimpin itu perlu lebih arif mengenai mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat dengan penuh keimanan sehingga dia tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan yang menghalang. Dia akan istiqamah dalam menegakkan cita-cita Islam bermula dengan mentauhidkan Allah, membawa manusia supaya mengakuinya sehingga tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi ini daripada segala macam kufur dan syirik dengan terlaksana segala nizam yang ada dalam ajaran Islam. Asy-Syahid Qutb sebelum digantung sampai mati sebagai syahid sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepadanya; “Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La Ilahaillallah Muhammad Rasulullah.” Yakinlah, bahawa kita adalah penyambung perjuangan kebenaran yang dimulakan oleh para rasul dan para anbiya hanya akan berakhir apabila berakhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang perjuangan Islam ini. Takbir!!!
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Israiliyyat Moden
Penulis: Dr. Solah Abdul Fattah Al Khalidi
Harga: RM18.00*  RM 16*

Israiliyyat adalah istilah khusus. Ulama terdahulu mengaitkannya kepada semua khurafat, pembohongan, penipuan, propaganda, khabar angin dan riwayat-riwayat yang tidak sah tarafnya. Apa yang pasti ia membabitkan terutama perkara yang berhubung dengan cerita mitos orang terdahulu dan berita-berita lampau dan kisah silam. Israiliyyat di nisbahkan kepada Bani Israil dan bukanlah penting sunber setiap pembohongan dan dogengan dikatakan Israiliyyat itu Yahudi. Kadang-kadang ia bersumberkan Kristian asalnya, atau Parsi dan Rom atau sebagainya. Tetapi mereka mengaitkannya semua kufarat itu dengan nama Israiliyyat memandangkan pendominasian bangsa Yahudi nyata lebih berkilauan dari warna-warna bangsa lain. Jika Israiliyyat kuno mempunyai kesan bahaya kepada alam dan pengetahuan maka dunia hari ini hidup dalam Israiliyyat dari jenis yang lebih bahaya. Israiliyyat moden: iaitu semua propaganda, khurafat, pembohongan dan konspirasi kebatilan yang tersebar di kalangan manusia pada hari ini. Ia mengandungi peranan yang bahaya secara langsung dapat mengaburi, merosak dan mnghancurkan kehidupan yang mendatang. Israiliyyat moden ini bergerak masuk ke dalam negara-negara umat Islam malah menguasai minda ramai di kalangan mereka. Risalah bermula dengan menerangkan hubungan Israiliyyat, Yahudi dan saya paparkan cirri-ciri ilmu Yahudi. Kemudian saya memperkatakan tentang Israiliyyat moden yang tersebar di dalam zaman penguasaan Yahudi ini. Selepas itu saya fokuskan kepada tujuh bidang menonjol dan ketara dalam Israiliyyat ini. Saya mempersembahkan risalah ini buat pembaca budiman, dengan harapan mendapat taufiq, ganjaran dan pahala dari Allah.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk: Ustaz Azhar Idrus: Daei Sejuta Ummat
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Harga: RM18.00*  RM 16*

Ustaz Azhar Idrus, sosok istimewa yang kini menjadi fenomena anak muda. Kehadirannya dalam program seperti magnet sebesar bukit Uhud yang mampu menyihir anak muda pelbagai jalur, daripada kelompok berserban dililit kemas sehinggalah para rockers berseluar koyak dengan ‘muka pecah gudang’. Sudah tentu ada yang istemewa dengan pendakwah ini sehingga dia diminati dan dicemburui, limpahan publisiti telah memuncakkan nama pendakwah dari negeri penyu menangis ini. Mampirlah anak muda, mampirlah orang kebanyakan, mampirlah mat rempit, mampirlah artis…hidayah perlu dicari, bukan dinanti. Dekatilah daeimu, carilah sinar dan hidayah-Nya sebelum nafas berada di tenggorok. Masa itu, tiada gunanya harta berjuta…
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak