Tuesday 5 June 2012

Merpati Jingga

 
Tajuk: Memoir bukan Memoir
Penulis:Pekin Ibrahim
Harga: RM 30*  
 
Sinopsis

MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejarimpiannya menjadi seorang artis terkenal.Bukan seperti memoir biasa,kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekinke dalam industri filem Negara dan  antarabangsa.Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun(1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur.Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang ber Hari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij.
Inilahkisahbenar PEKIN IBRAHIM.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Bogel Menuju Tuhan
Penulis: Zahiril Adzim
Harga: RM 30*   RM 27*

Sinopsis

Bogel Menuju Tuhan adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum jingga.
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Hitam Putih
Penulis: Taj Addin
Harga: RM 30*   RM 27*

Sinopsis

Hitamputih – catatan dan pesanan – adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita  yang degil dengan tuntutan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu  yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri. Ia merupakan sebagai sebuah wasilah buat zuriatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti. Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia  juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naif (walau sudah berusia hampir 40 tahun).
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

Tajuk: Sembang Tepi Jalan
Penulis: Meor
Harga: RM20.00*  RM 18*

Sambil menyusuri hari-harinya sebagai pemuzik jalanan, Meor mendokumentasikan pengalamannya sejak… (lihat artikel awalnya) dan kahirnya lahirlah ‘Sembang Tepi Jalan’. Pelbagai isu yang dibincangkan Meor termasuk prinsip, pegangan, kepercayaan dan muziknya.
 *tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak

 Tajuk; Sembang Tepi Jalan: Syurga yang Hilang
Penulis: Meor
Harga: RM20.00*  RM 18*

Sembang Tepi Jalan – Syurga yang Hilang ialah sebuah siri pengalaman yang dinukilkan setiap kali pertemuan dengan dengan rakannya, Amin (bukan nama sebenar). Amin telah  ‘bertukar agama’. Dilahirkan sebagai Islam. Merantau dan Berjaya. Amin mendakwa sangat akrab dengan alam roh yang bebas. Amin menjadi seorang yang tidak mempercayai agama – a free thinker. Namun, beliau percaya kepada wujudnya tuhan. Free-thinkers adalah golongan yang percaya pada tuhan mengikut kefahaman masing-masing. Free-thinkers bukannya atheist. Semasa perantauan, Amin telah mengkaji Tuhan melalui agama – Islam, Kristian, Hindu, Zen, Yahudi, Buddha. Sesungguhnya, beliau tidak mempercayai orang yang beragama kerana golongan itu ramai yang berpura-pura. Mereka itu suka kepada kebaikan yang menunjuk-nunjuk. Kebaikan yang terbaik buatnya adalah dari dalaman bukan luaran.    
*tambahan RM6 kos penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM 9 bagi sabah / sarawak


No comments:

Post a Comment